airishah zone

Rintangan bukan Pengakhiran

atas nama cinta

Filed under: Uncategorized — airishah at 10:46 pm on Saturday, July 26, 2008

Rossa - Atas Nama Cinta

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

bak to Reff

a shoulder to cry on

Filed under: Uncategorized — airishah at 10:43 pm on Saturday, July 26, 2008

a Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further
when you’re headed for the ground,

And there is nothing more painful than to let you’re feelings take
you down,

It’s so hard to know
the way you feel inside,

When there’s many thoughts
and feelings that you hide,

But you might feel better
if you let me walk with you
by your side,
And when you need a shoulder to cry on,

When you need a friend to rely on,

When the whole world is gone,

You won’t be alone, cause I’ll be there,
I’ll be your shoulder to cry on,

I’ll be there,
I’ll be a friend to rely on,

When the whole world is gone,

you won’t be alone, cause I’ll be there.
All of the times when everything is wrong

And you’re feeling like

There’s no use going on

You can’t give it up

I hope you work it out and carry on

Side by side,
With you till the end

I’ll always be the one to firmly hold your hand

no matter what is said or done

our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on

When the whole world is gone

you won’t be alone cause I’ll be there
ll be your shoulder to cry on

I’ll be there
I’ll be the one you rely on

when the whole world’s gone

you won’t be alone
cause I’ll be there!

And when the whole world is gone

You’ll always have my shoulder to cry on…

aku yang dulu

Filed under: Uncategorized — airishah at 7:02 pm on Friday, July 18, 2008

aku fikir, self confident sangat penting dalam kehidupan. pernah dulu masa aku darjah lima, cikgu bahasa melayu aku suruh kitorang tulis cerpen. lepas tu, dia suruh kitorang fikir satu nama samaran. oleh kerana seluruh kelas beri nama yang tak sedap langsung, aku tak berani beritahu nama samaran yang aku dah cipta tu. pasal aku takut orang ketawakan aku walau pun nama tu ada comercial value dan sedap di dengar. itulah namanya pun budak. beberapa tahun aku hidup bawah orang lain. aku takut orang ketawakan aku kalau aku lebih dari diorang.  dulu masa sekolah menengah,  kawan kawan perempuan lain berani cerita pasal boyfriend diorang dari  sekolah lain. aku pun kawan dengan budak sekolah lain, tapi aku tak pernah cerita pasal aku takut orang tau. perasaan low self confident aku tu berlarutan sampai aku mula keje. masa aku mula keje dulu aku mula dari bawah. dari kena buli (pasal aku biasa di buli) sampai aku jadi senior clerk. masa aku mula mula masuk office (pasal mula mula aku kene keje kat kedai) aku kena buli ngan satu pompuan cina yang tak senior dari aku. lepas tu aku dah fed up kene buli. aku nak berenti. aku jumpa boss aku, aku cakap since budak pompuan tu nak sangat keje aku, aku takde masalah let go semua keje aku. boss aku marah. dia kata kenapa aku nak lepas hak aku pada orang lain sedangkan aku memang berhak dapat keje tu. dia ajar aku untuk pertahankan hak aku. aku fikir betul juga takkan dia nak buang budak tu pasal aku complaint. mula dari tu aku sedar lari dari masalah bukan penyelesaian kepada masalah tu. aku kena hadapi realiti. sekarang bukan masa sekolah yang apa pun nak mengadu kat cikgu. aku mula belajar grown up. boss aku pulak sangat supportive. dulu aku selalu kena buli dengan salesman company aku. lepas tu boss aku cakap, pegi gaduh jangan takut. sekarang lepas 9 tahun keje, aku rasa aku cukup positif hadap semua masalah. sekarang aku jadi seorang yang lebih tabah. syukur pada allah. bukankah setiap kejadian ada hikmahnya? pasal keje? sekarang boss aku bagi aku satu kedai untuk aku jaga. terpulang macam mana aku nak buat tapi ada guide line la. yang penting jaga pelangan company aku.

kenapa kita tak nak bersatu?

Filed under: Uncategorized — airishah at 7:22 pm on Tuesday, July 15, 2008

semalam aku tengok debat antara anwar dengan menteri penerangan yang aku tak tau nama dia(pasal aku tak ingin nak tau). aku rasa anwar cakap betul. rakyat sekarang tengah susah. kita yang gaji ribu2 boleh la cukup makan. cuba fikir pekerja bawahan yang gaji beberapa ratus tu, macam mana nak makan? beras sekampit 40 ringgit lebih. kalau gaji tak dapat cover expenses, macamana mereka nak hidup? aku rasa rakyat lagi tertekan dengan situasi politik sekarang ni. aku taknak ulas banyak, tapi aku cuma nak kongsi pendapat aku. aku rasa situasi politik sekarang tak sihat untuk negara dan rakyat. kenapa pemimpin kita keras kepala? kenapa semua orang tak nak bersatu demi kebaikan rakyat dan negara? tidak kah mereka sedar bahawa pergolakkan akan melemahkan kita dari dalam?  kita jangan pentingkan diri sendiri.  bukankah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. ingat ingat kan lah.

cinta oh cinta

Filed under: Uncategorized — airishah at 2:48 am on Tuesday, July 15, 2008

aku baru lepas sembang dengan kawan aku pasal best friend aku yang aku admired dulu tapi sekarang dia dah ada orang lain. aku cakap aku dah lupa langsung pasal kawan aku tu, pasal sekarang ni aku sibuk keje. sebenarnya masa aku tau dia ada orang lain hari tu, aku rasa nak nangis. tapi aku muhasabah diri aku balik. lelaki tu tak layak untuk aku tangisi. aku percaya takdir allah. tapi aku mengaku, kalau aku lalu kat tampat kenagan kitorang, aku jadi sebak. tapi aku kuatkan semangat pasal aku tau tuhan amat lah menyayangi aku. aku hilang orang yang aku suka tapi aku ada tuhan yang tak pernah meninggalkan aku . nasihat aku kepada pembaca blog nie, kalau korang rasa takde orang sayang korang, korang pandanglah muka keluarga korang. mak bapak korang yang membesarkan korang. balaslah jasa diorang. jangan terlalu asyik kejar cinta. aku jadi insaf bila aku baca surat khabar pasal anak anak gadis yang terbiar dan rosak. jangan rosakkan diri korang untuk benda macam ni. kenikmatan dunia hanya sementara. akhirat itu pasti. jadi, jangan hancurkan masa depan korang sendiri. aku selalu naik bas, selalu aku nampak anak orang islam yang tak macam islam. aku pasti dia ada bin atau binti. tapi perangai mengalahkan yang bukan islam. ada satu kes aku jumpa dalam bas express dari utara ke jb. budak ni aku ingat study lagi. diorang duduk berjiran dengan aku. sepanjang perjalanan tu, tangan budak lelaki tu merayap kat budak perempuan tu. bila aku tengok, budak perempuan tu ambil jaket dan tutup badan dia. diorang buat tu pada waktu siang dan dalam bas tu penuh orang. aku nk tegur, tapi aku terfikir suami isteri agak nya. pasal budak perempuan tu bertudung. aku sabar je, aku fikir kalau aku report kat driver bas nanti kene halau pulak budak budak ni. sampai johor, budak lelaki tu turun kat air hitam. aku ingat aku nak cuci je budak perempuan tu kenapa murah sangat. tapi budak perempuan tu sampai jb langsung taknak pandang aku. lepas tu dia kelam kabut turun kat tun aminah.  masa tu aku doa kat tuhan.  selamatkanlah maruah orang melayu yang makin murah. satu kes lagi, dalam bas yang penuh dengan penumpang. aku kene berdiri. kat depan aku duduk la 2 org budak belasan tahun. mula mula aku ni tak ingat nak pandang apa diorang buat. tetiba aku perasan sesuatu, budak lelaki ni lagi lama lagi rapat kat budak perempuan ni. aku tengok tangan budak lelaki ni kat celah kankang budak perempuan ni. aku rasa malu betul. aku nak tegu, diorang dah turun kat tesco yang baru bukak tu. jadi disini, aku bukan nak berlagak baik. tapi aku tak rela maruah islam di pijak. aku islam. aku dah tak larat menegah guna hati(pasal budak budak zaman sekarang tak boleh kene tegur). tapi aku ingat sangat kata ustazah aku dulu, katanya tanda2  akhir zaman , akan ramai perempuan lahirkan anak luar nikah. fikir- fikirkanlah.

cipuding

Filed under: Uncategorized — airishah at 6:40 pm on Saturday, July 12, 2008

aku ada sekor kucing, cipuding nama dia. aku letak nama dia sempena nama kucing leen mafia dalam majalah ujang dulu. kucing ni aku sayang sangat pasal dia ada semangat setia kawan. cipuding lahir berdua je, lagi sekor aku letak nama comel. masa dia kecik kecik dulu dia selau sakit. sampai kurus kering. pasal aku n=bela banyak kucing, aku taknak kucing lain kena jangkit jadi aku asing dia dalam kandang. si comel la yang selalu temankan cipuding kalau cipuding kena kurung. aku tak pernah harap dia mati. aku  yakin dia akan sembuh. berbulan bulan dari kurus kering takde bulu sampai bulu dia lebat dan gemuk. dia dah sihat. lepas tu si comel pulak sakit. cipuding sangup tidur depan kandang comel tiap tiap hari. sampai comel sembuh. dah besar dua ekor kucing ni akrab sangat pasal mak dia mati masa dia kecik lagi. tidur bersama sama, main bersama sama. aku ada bela kucing lain selain diorang. satu hari kucing lain gaduh. bapak aku naik angin. dia suruh abang aku buang kucing kucing tu. masa nak buang kucing lain semua lari . cipuding kucing baik tu tak faham bahasa. masa kena tangkap dia tak melawan langsung terus kena buang kat pasar. aku rasa sedih sangat pasal bukan cipuding yang gaduh tapi dia yang kena buang. si comel pulak sekarang ni jadi tak aktif lagi. tiap tiap hari aku balik keje dia cuma tau nak manja manja dengan aku. mungkin dia sunyi. pagi tadi aku lalu kat pasar yang cipuding kene buang. aku harap sangat aku boleh jumpa dia dan bawak dia balik ke rumah aku. aku harap sangat pasal aku rindu sangat kat dia. dia comel tapi dia tak suka rapat dengan orang, dia cuma rapat dengan comel. tapi dia terlalu baik untuk seekor kucing.  tiap  tiap kali waktu makan , dia cuma sabar tunggu orang bagi dia. dia tak bising atau mencuri. dia baik. aku tak tau la kalau sampai bab binatang aku mesti rasa kesian. aku tak tahan tengok orang pukul binatang. seumur hidup, aku tak pernah pukul kucing aku. aku rasa sedih bila tengok kucing atau anjing liar yang tak cukup makan. kat tempat keje aku ada sekor anjing liar. dia ni semua orang sayang pasal dia tolong jaga kedai waktu malam. aku pernah sekali bagi dia makan. lepas tu, dia tiap tiap hari escort aku balik keje. dia tinggu sampai bas sampai lepas tu dia balik kedai semula. satu hari, dia kene tangkap dengan orang majlis. aku sedih tak terkata masa dengar bunyi dia kena tangkap. aku nangis masa kawan aku cakap mungkin anjing tu kena bunuh lepas kena tangkap pasal dia anjing liar. aku sedih sangat masa tu. lepas tu kawan aku cakap ada berita gembira, orang kedai sebelah ramai ramai pergi jamin anjing tu keluar. petang tu juga mereka pergi apply lesen anjing. pasal anjing tu tolong diorang jaga kedai. aku rasa lega betul masa tu. anjing tu masa bawak balik, mengigil ketakutan. tapi sekarang dia dah ok.

R.A.D.H.A

Filed under: Uncategorized — airishah at 1:20 am on Tuesday, July 8, 2008

aku bukan nak ulas buku ni, tapi aku rasa buku banyak ubah cara aku pandang dunia. dulu aku tak peduli hal hal agama. sembahyang asal cukup. pun kadang kadang tak cukup. lepas aku baca buku ni aku termanggu, aku mula berfikir. pasal relationship yang berlandas agama yang selama ni ramai orang ambil mudah. aku menjadi lynn yang lain.  lynn yang lebih tabah.  kalau aku ada kesempatan jumpa RNYSA aku nak ucap terima kasi bebanyak kat dia pasal tulis buku yang boleh buka minda orang. jadi lepas tu, aku mula baca novel keislaman yang lain. aku taknak terlalai baca novel cinta lagi. pernah sekali bila aku tau bestfriend yang aku admire selama ni ada girlfriend (dah tentu aku patah hati kan?) aku tabah kan hati aku baca novel ni. teringat dialog si akasyah yang cakap" kalau tak ada cinta untuk ku didunia ini biarlah cinta kepada allah dan keluarga yang memenuhkan hatiku" (lebih kurang bunyi macam tu la) aku jadi insaf. apalah sangat cinta sesama manusia, kalau nk di bandingkan dgn cinta dari allah. aku nk menangis pun tak jadi. oh ya! best friend aku tu sekarang dah berbahagia dgn girlfriend dia. aku doakan mereka bahagia. tentang jodoh, aku yakin allah sedang mempersiapkan lelaki yang terbaik untuk ku. aku bahagia aku ada keluarga yang sayang kat aku. kawan kawan yang sangup mendengar keluhan ku. terima kasih semua.

aini sharmain airishah

Filed under: Uncategorized — airishah at 7:55 pm on Saturday, July 5, 2008

nama ni aku cipta masa aku umur 16 tahun. masa tu aku dgn bestfriend aku Iema nama dia. masa tu petang yang nyaman, kitorang masa tu mana ada duit nak kuar jalan jalan. jadi tiap tiap petang dia lepak umah aku. masa tu best sangat kitorang belajar masak, sembang sembang.. keluar satu idea kat kepala kitorang. Iema cakap " jom kita buat satu nama samaran nak" lepas tu kitorang perah otak fikir satu nama. nama ni aku nak bagi kat dia, tapi akhirnya aku pakai sendiri. nama ni dah lama aku simpan. nak bagi kat anak, aku takde anak lagi. jadi setelah bertahun tahun simpan, aku guna balik. tapi memori buat Iema kembali menyala dalam hati aku. aku rindu kat Iema. lepas habis sekolah, semua nya berubah. aku je yang tak berubah. Iema, bekas kawan baik aku sekarang ni sibuk jaga keluarga dia. kadang kadang aku terfikir kenapa hati kami tak bersatu seperti dahulu. tapi aku ingat kalau change for good tak apalah. aku sentiasa doakan semua kawan aku hidup bahagia dan di rahmati allah walau di mana mereka berada. amin.