apa dah jadi?
apa dah jadi???? aku hairan dengan pembesar negara ni. sekarang orang melayu dah berpecah, dah tak bersatu hati. dulu nenek moyang kita berganding bahu nak bebaskan negara dari penjajah. tapi kita hancurkan apa yang mereka buat. segala perit jerih mereka nak merdekakan tanah bertuah ni dah takde nilai lagi. kenapa orang melayu alpa??
sekarang orang orang penting dalam malaysia hanya jaga kepentingan sendiri. mereka tak sedar yang tanah bertuah ni dah hampir tergadai pada bukan melayu. sekarang ni melayu dengan melayu leka bercakaran. kenapa mereka pentingkan diri sendiri? fight untuk jaga kepentingan sendiri. masing masing cuma fikir kepentingan sendiri. kenapa tak nak stabilkan ekonomi yang jatuh ni? harga minyak naik, semua barang naik. macam mana kita rakyat nak survive? sekarang dah turun 20sen. adakah harga barang akan turun juga? nanti aku pergi survey.
sekarang ni hangat diperkatakan topik kes liwat anwar dan pilihan raya kecil di permatang pauh. ada segelintir orang islam yang bersumpah junjung quran untuk membuktikan mereka benar. aku tak nak ulas apa apa. tapi aku amat berharap mereka tahu apa yang mereka buat. hanya allah s.w.t yang tau apa yang terjadi. seluruh malaysia hanya dapat pendedahan apa yang mereka patut tahu sahaja. bukan apa yang mereka tak patut tahu. jadi salah kah rakyat kalau mereka dah kurang percaya kepada segala macam berita yang di sogok kan kepada mereka? media di malaysia macam pro gov. rakyat cuma dengar berita yang molek molek sahaja. macamana dengan kebenaran yang tersembunyi? yang hanya pelaku saja yang tau.
aku rasa pm kita tu nak jalan betul (walaupun dah ramai tak suka dia) tapi kenapa orang bawahan asyik berpolitik sesama sendiri. aku tak suka pemimpin lalang. tapi kita ada pemimpin lalang. mereka ikut arah angin. meleyu menjatuh kan sesama melayu. aku ingat kalau tok nenek kita masih hidup, tak tahu lah apa mereka rasa melihat anak cucu mereka yang sama bangsa bercakaran.
aku teringin nak tengok orang melayu bersatu. mereka para pemimpin tak tau ke dengan bercakaran akan melemahkan bangsa melayu? kita sibuk bercakaran pasti ada orang lain yang mengambil kesempatan dari kelemahan kita. siapa yang rugi? anak anak kita nanti. jangan lah biarkan anak anak melayu masa hadapan merempat di tanah sendiri. cukuplah anak anak melayu sekarang terjajah pemikirannya kerana kealpaan kita sendiri yang terpengaruh dengan budaya luar yang tak elok. jangan rosakkan bansa kita. zaman dahulu, bangsa kita adalah bangsa yang masyhur dirantau ini. tapi sekarang orang lain memandang bangsa kita sebagai bangsa yang malas, mundur dan korup.
walaupun pun aku bukan pengikut pas, tapi aku sokong pembentukkan negara islam. aku ada cuba cari maklumat pasal hukum hudud. ianya bukan seteruk yang di sangka. ia adalah undang undang islam yang dipraktikkan masa zaman parameswara. hukuman cuma jatuh setelah cukup bukti dan bukan untuk kesalahan kali pertama. itapi ia disisihkan bila perlembagaan negara kita di gubal selepas merdeka. cuma satu je kunci kepada permasalahan ni. kembali kejalan islam. pasti semua akan mejadi baik. aku rasa islam cukup lengkap untuk semua sepanjang zaman. kenapa kita nak ikut undang undang orang bukan islam? sebapai manusia yang dilahirkan sebagai islam cubalah kembali ke titik asal kita.
sekarang ni kurang sangat aktiviti dakwah. para ulama harus memainkan peranan yang besar. jangan jadi proksi sesuatu parti politik. islam tak harus dipolitikkan.