airishah zone

Rintangan bukan Pengakhiran

bersyukur kepada allah..

Filed under: Uncategorized — airishah at 3:09 am on Saturday, November 8, 2008

pada hari ini aku sangat bersyukur pada allah.. kerana aku dikurniakan kesihatan, kehidupan, kewangan, keluarga dan kawan yang baik.

tentang yang lain aku tak nak comment pasal semua orang ada kesihatan, keluarga, kewangan dan kehidupan yang baik. tetapi mendapat kawan yang baik adalah bonus dalam hidup aku.

hari ini aku bangga dapat mengatakan bahawa aku dah dapat ramai kawan yang baik. kepada kawan kawan ku, tak kira di malaysia atau luar negara. aku sangat berterima kasih.

dulu bos aku pernah kata yang kenal orang dalam hidup ni macam jodoh. kalau kita takde jodoh. macam mana buat pun tak jadi. bayangkan berbillion orang dalam dunia, mengapa kita jumpa orang ni? kerana tuhan mentakdir kan perjumpaan ini.

jadi pada fikiran aku, sekali aku kenal orang ni. aku akan hargai perhubungan kami kerana kami berjodoh. terpulanglah pada orang itu untuk menilai.

aku merasakan dunia ini hanya pinjaman. dunia ni macam satu tempat transit untuk kita pergi ke alam yang lagi satu. jadi berbanyaklah berbuat baik sesama sendiri. kepada allah itu sudah tentu.

jadi di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang bernama kawan.